Ingin sekali aku tegaskan di sini, Aku bukanlah suka membahasakan diriku 'Aku'. Pelikkah aku?
Sebenarnya agak susah buatku untuk mengunakan perkataan 'Aku' apabila aku berkomunikasi. Pelikkah aku?
Dengan kawan-kawan pun aku tak pernah membahasakan diriku 'Aku', sama macam keluargaku sendiri. Pelikkah aku?
Aku bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang sama macam aku.
Ada segelintir juga kawan aku hairan kerana aku tidak pernah menggunakan panggilan 'Aku'. Mereka pernah memberitahuku, bahawa penggunaan bahasa aku adalah untuk menunjukkan keakraban kita dengan seseorang. Tapi, aku hairan.. Mengapa setiap kali mereka berhubung dengan kekasih mereka, mereka tidak menggunakan bahasa itu. 'Aku'? Kenapa guna 'saya'? Bukan ke, aku ni tanda keakraban kita dengan seseorang? hahahaha...
Malah, ada juga yang menggunakan panggilan 'Aku' untuk tujuan memaki hamun orang lain. Yes, bagiku... Penggunaan 'Aku' agak kasar dalam kamus hidupku. Aku kerap tersentak pabila ada yang menyapa diriku dan menggunakan perkataan 'Aku'. Pelikkah aku? Tapi, sepanjang aku bernafas di bumi Allah, aku cuba menerokai jiwaku, hatiku dan segala yang masih misteri tentang diriku. Namun, aku bahagia dengan hidupku, adat resamku, dengan agama paling aku sanjungi dan tentang diriku. Aku cukup bahagia. Kerana AKU ADALAH AKU~!
Pelikkah aku? Aku sudah mempunyai jawapan bagi pertanyaan ini... Setiap manusia yang telah ditiupkan roh mempunyai sikap & sifat yang berbeza.. Setiap manusia yang diciptakan mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing. Aku percaya, bukan hanya aku seorang yang tidak suka dengan penggunaan 'Aku' ini.
" Kamu diciptakan untuk menjadi seseorang yang sentiasa mensyukuri nikmat yang telah diturunkan buatmu. Terimalah seikhlas yang mungkin. Kamu tidak akan mampu menjadi orang lain kerana apa-apa yang berlaku kamu tetap kamu dan aku tetap aku! Nothing will be change! "
psst: Mungkin pada entri yang lain, aku akan lebih menfokuskan tentang remaja zaman ini serta pandanga peribadiku... 8)
No comments:
Post a Comment